Assalamualaikum Warahmatullah.
Untuk makluman sahabat-sahabat, Unit Dakwah DPM (MAQAZ) Shoubra akan mengadakan Forum Hijratul Rasul bersempena Sambutan Ma'al Hijrah 1429 H. Justeru, sahabat-sahabat dijemput untuk memeriahkan forum tersebut. Butiran forum adalah seperti berikut ;
HARI : KHAMIS
TARIKH : 2 MUHARRAM 1429 H bersamaan 10 JANUARI 2008 M
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN IBNU JAZARI MARKAZ DPM (MAQAZ) SHOUBRA
TAJUK FORUM : HIJRAH, HIJRAH, HIJRAH
Antara agenda-agenda pada hari tersebut ialah ;
* Solat Maghrib berjamaah
* Bacaan Yasin & tahlil
* Bacaan Burdah
* Solat 'isya
* Forum Hijratul Rasul
* Jamuan makan
* Bersurai
